AGENSI

Kumpulan Semesta terima anugerah, amal tadbir urus cemerlang di tempat kerja

20 Jun 2022, 10:27 AM
Kumpulan Semesta terima anugerah, amal tadbir urus cemerlang di tempat kerja

SHAH ALAM, 20 JUN: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menerima Silver Award bagi kategori SME Best Employer sempena 21st Malaysia - International HR Awards di Bangsar South City, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Agensi itu memaklumkan anugerah anjuran Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) itu bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi di Malaysia.

"Buat julung kalinya KSSB selaku anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya dianugerahkan Silver Award bagi kategori SME Best Employer.

"Ini merupakan pengiktirafan buat KSSB dari segi amalan tadbir urus terbaik dalam pengurusan dan pembangunan modal insan bagi menyokong kecemerlangan operasi dan perniagaan syarikat," katanya menerusi kenyataan.

KSSB berkata antara faktor yang dinilai oleh juri professional bagi kategori itu meliputi amalan terbaik dalam pengurusan sumber manusia, penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat serta kemudahan pekerjaan yang kompetitif.

Selain juri turut menilai dari sudut prasarana yang mencukupi dalam menyokong keperluan latihan dan pembangunan kakitangan dan aplikasi sistem teknologi maklumat (IT) dalam pengurusan sumber manusia.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi KSSB Mohamed Fariz Ghazali dan Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Ahmad Hakimi Abd Hamid.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619