PBT

MBSJ catat 1,659 kes baharu denggi setakat 11 Jun

20 Jun 2022, 8:13 AM
MBSJ catat 1,659 kes baharu denggi setakat 11 Jun

SUBANG JAYA, 20 JUN: Sebanyak 1,659 kes baharu demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Minggu Epid ke-23 berakhir 11 Jun lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berkata terdapat lonjakan kes demam denggi dengan jumlah dicatat membabitkan 11 titik panas sekitar kawasan terbabit.

"Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menangani masalah ini. Selain MBSJ dan pejabat kesihatan daerah, penduduk harus memastikan kawasan persekitaran rumah atau premis bebas daripada menjadi pembiakan nyamuk Aedes.

"Sekurang-kurangnya luangkan masa 10 minit seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya di ibu pejabat MBSJ di sini hari ini.

Pada 15 Jun lalu, EXCO kesihatan awam memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan projek rintis dengan mengimplementasi teknologi baharu bagi pemantauan lokasi denggi secara efisien.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata projek itu membabitkan penggunaan dron dan pembangunan aplikasi pengesanan titik panas wabak yang boleh diakses orang awam melalui peruntukan RM5 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619