AGENDA

Malaysia kembali catat sifar kematian akibat Covid-19 - menteri

20 Jun 2022, 2:09 AM
Malaysia kembali catat sifar kematian akibat Covid-19 - menteri

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam.

Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut portal CovidNow, sejumlah 1,737,624 kanak-kanak atau 49 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619