AGENDA

PKPS anjur jualan murah di enam lokasi sempena Aidiladha

18 Jun 2022, 2:00 PM
PKPS anjur jualan murah di enam lokasi sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 18 JUN: Program jualan murah barangan asas akan dianjurkan di enam lokasi terpilih menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti.

Pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jualan akan tertumpu di kawasan golongan berpendapatan rendah terutama yang mendapat sambutan menggalakkan sebelum ini.

“Jualan akan diadakan tiga hari sebelum Aidiladha dan ia membabitkan dua lokasi setiap hari.

“Kita sedang kenal pasti beberapa lokasi yang sering mendapat sambutan berdasarkan program jualan sebelum ini, antaranya Tanjung Sepat dan Batang Kali,” katanya.

Beliau ditemui pada program Jelajah Jualan Ehsan di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga di sini hari ini.

Pada 19 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Intervensi Ehsan berjaya memanfaatkan seramai 60,000 keluarga sejak dilaksana Disember lalu di lebih 50 lokasi di negeri ini.

Inisiatif berkonsepkan Jualan Prihatin Rakyat bertujuan meringankan beban dan memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar seperti ayam, ikan, daging, telur serta sayur-sayuran secukupnya.

Selain itu, jumlah ayam untuk jualan murah turut ditingkatkan daripada 10,000 kepada 20,000 ekor sehari bermula Mei susulan permintaan tinggi di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619