AGENDA

Jualan murah 2,000 ekor ayam di jelajah bantuan rakyat esok

18 Jun 2022, 8:00 AM
Jualan murah 2,000 ekor ayam di jelajah bantuan rakyat esok
Jualan murah 2,000 ekor ayam di jelajah bantuan rakyat esok

SHAH ALAM, 18 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjual 2,000 ekor ayam sempena Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang esok.

Pengurus Kanan Pemasaran Mohd Fazir Abd Latif berkata inisiatif jualan murah itu membolehkan orang ramai membeli ayam pada harga RM15 seekor, lebih murah berbanding pasaran.

“Ayam dijual seberat 1.8 hingga dua kilogram (kg) dan harganya masih murah berbanding pasaran yang ketika ini boleh mencecah lebih RM20.

“Selain ayam, kita juga membawa keperluan lain seperti 1,000 papan telur ayam, daging segar (1,000kg), beras, minyak masak, sayur dan buah,” katanya di Jelajah Jualan Ehsan di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga di sini, hari ini.

Jelajah Selangor Penyayang yang membuka tirai di daerah berkenaan bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Jelajah itu turut dijadual diadakan di Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

[caption id="attachment_526147" align="aligncenter" width="500"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jelajah Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga, Shah Alam pada 18 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619