AGENDA

Jualan murah, lebih 400 ekor ayam terjual dalam tempoh tiga jam

18 Jun 2022, 6:26 AM
Jualan murah, lebih 400 ekor ayam terjual dalam tempoh tiga jam
Jualan murah, lebih 400 ekor ayam terjual dalam tempoh tiga jam
Jualan murah, lebih 400 ekor ayam terjual dalam tempoh tiga jam

SHAH ALAM,18 JUN: Lebih 400 ekor ayam terjual dalam program Jelajah Jualan Ehsan di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga di sini, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata selain ayam, produk yang laris terjual ialah minyak masak paket.

[caption id="attachment_526140" align="alignleft" width="255"] Pengurus Kanan Pemasaran PKPS Mohd Fazir Abd Latif. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk jualan hari ini, kita bawa 550 ekor ayam termasuk ayam potong dan terjual lebih 400 ekor dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Selain itu, kita membawa 170 paket minyak masak dan semuanya juga habis terjual. Oleh itu, kita akan menggandakan jumlah minyak masak di lokasi seterusnya,” kata Mohd Fazir Abd Latif kepada SelangorKini.

Program anjuran PKPS bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari menjual pelbagai barangan antaranya ayam, ikan, daging, buah-buahan dan sayuran.

Jualan tersebut menawarkan ayam potong dengan harga RM10 per 800 gram, ayam bulat RM15 (1.8 kilogram), daging/tulang segar (RM32 perkilogram) dan telur ayam gred B (RM11.80 sepapan).

Pada 19 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Intervensi Ehsan berjaya memanfaatkan seramai 60,000 keluarga sejak dilaksana Disember tahun lalu di lebih 50 lokasi negeri ini.

Inisiatif berkonsepkan Jualan Prihatin Rakyat bertujuan meringankan beban serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar seperti ayam, ikan, daging, telur dan sayur-sayuran secukupnya.

Selain itu, jumlah ayam untuk jualan murah turut ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari bermula Mei susulan permintaan tinggi di Selangor.

[caption id="attachment_526139" align="aligncenter" width="500"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jelajah Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga, Shah Alam pada 18 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619