AGENDA

16 syarikat sertai jelajah kerjaya di Banting esok

17 Jun 2022, 12:00 PM
16 syarikat sertai jelajah kerjaya di Banting esok
16 syarikat sertai jelajah kerjaya di Banting esok

SHAH ALAM, 17 JUN: Jelajah JobCare Selangor minggu ini diteruskan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Banting Baru esok.

Program anjuran bersama Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Ketua Penyelaras UPPS, S Vijayan berkata sebanyak 16 syarikat daripada pelbagai sektor menyertai siri jelajah kali ini.

"Kira-kira 80 peratus yang syarikat terbabit baharu kali pertama menyertai Jelajah Jobcare Selangor antaranya Kossan, Pos Logistic, Shinetsu, Wilmar, Edgenta Uems dan syarikat kurier, Line Clear.

"Oleh itu, pencari kerja digesa tidak melepaskan peluang ini kerana kesemua majikan ini memerlukan pekerja dengan segera dan semuanya berdekatan di Banting," katanya kepada Selangorkini.

Tambah Vijayan, pihaknya menyasarkan lebih 100 peserta terutamanya penduduk setempat menyertai jelajah ini.

"Buat masa ini, lebih 80 pencari kerja sudah berdaftar menerusi laman web dan bakal menyertai sesi temuduga pada jelajah ini," katanya.

Jelajah kerjaya ini bermula di Dewan Hamzah, Klang pada 26 Februari lalu dan akan berakhir di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam pada 25 Jun.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619