AGENDA

Permohonan geran pembaikan hotel bajet dilanjutkan sehingga 30 Jun 

17 Jun 2022, 9:20 AM
Permohonan geran pembaikan hotel bajet dilanjutkan sehingga 30 Jun 

PUTRAJAYA, 17 JUN: Tarikh tutup permohonan Geran Padanan Bagi Tujuan Pembaikan Kepada Hotel Bajet bertaraf satu dan dua bintang dilanjutkan sehingga 30 Jun ini, menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Sebelum ini, permohonan bagi geran tersebut dibuka dari 25 Mei hingga 15 Jun.

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanjutan berkenaan bagi memastikan geran padanan itu dipohon oleh pengusaha yang layak dan yang tidak berpeluang untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini.

“Dengan pelanjutan tarikh tutup ini, mana-mana pengusaha hotel bajet bertaraf satu dan dua bintang yang layak masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk dipertimbangkan kelulusan,” menurut MOTAC.

Permohonan geran padanan boleh dilakukan menerusi laman https://www.motac.gov.my/geran-padanan.

MOTAC berharap pemberian geran padanan itu dapat membantu pengusaha hotel untuk terus kekal berdaya saing bagi mempromosikan premis mereka bagi menarik lebih ramai pelancong datang menginap.

Melalui pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan geran padanan sebanyak RM30 juta bagi tujuan pembaikan inap desa (Homestay) dan hotel bajet di bawah MOTAC.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619