AGENDA

Pekerja warung tidak mengaku salah guna wang palsu

17 Jun 2022, 8:12 AM
Pekerja warung tidak mengaku salah guna wang palsu

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Seorang pekerja warung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan wang palsu awal bulan ini.

Sekh Ali Subuhal, 54, didakwa menggunakan mata wang palsu sebagai tulen iaitu 100 keping mata wang ASD100 dengan pelbagai nombor siri di sebuah pusat tukaran mata wang asing di Jalan Raja Chulan di sini pada 4.30 petang, 7 Jun lepas.

Pertuduhan ke atas Sekh Ali dilakukan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jufri tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin namun peguam Keshreena Sidhu yang mewakili Sekh Ali memohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Keshreena berkata tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 sebulan dan menanggung isteri serta tujuh anak selain menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Nurliyana kemudian mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin membenarkan Sekh Ali diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai untuk sebutan semula kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619