AGENDA

KDEBWM beli sisa barang elektronik di jelajah bantuan rakyat Ampang

17 Jun 2022, 8:00 AM
KDEBWM beli sisa barang elektronik di jelajah bantuan rakyat Ampang
KDEBWM beli sisa barang elektronik di jelajah bantuan rakyat Ampang

SHAH ALAM, 17 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengadakan pembelian bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Padang Awam Taman Kosas, Ampang Ahad ini.

Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata program sempena Jelajah Iltizam Selangor itu bertujuan memudahkan masyarakat mengitar semula barangan berkenaan yang tidak digunakan.

"Maklumat diterima mengatakan ramai tidak tahu di mana hendak meletakkan barangan elektronik ini, oleh itu kita beli barangan elektrik itu pada kadar harga ditetapkan.

"Antara barangan yang mereka boleh bawa ialah ketuhar, peti ais, unit pemprosesan pusat (CPU) , bateri lama dan mesin cetak dan pembelian bermula dari harga RM10 hingga RM1," katanya kepada SelangorKini.

Tambah Ramli semua barangan elektronik yang dibeli akan dibawa terus ke pusat kitar semula di Bukit Puchong, Subang Jaya.

Jelajah Iltizam Selangor Penyayang yang membuka tirai di daerah Hulu Langat bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619