AGENDA

Sultan Selangor berkenan lancar biografi Lee Lam Thye

16 Jun 2022, 9:24 AM
Sultan Selangor berkenan lancar biografi Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melancarkan buku biografi Tan Sri Lee Lam Thye di Hotel Concorde, di sini hari ini.

Buku berjudul 'Call Lee Lam Thye-Recalling a Lifetime of Service' ditulis Sofea Chok Suat Ling dan P Selvarani menceritakan pengalaman aktivis berkenaan sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam selain menyertai pelbagai organisasi.

Buku setebal 312 muka surat dihasilkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandrin yang dijual di kedai buku atau dalam talian dengan harga antara RM50 hingga RM70, mulai hari ini.

Sementara itu Lam Thye yang juga pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata buku terbabit adalah ilham yang dizahirkan DYMM sultan ketika beliau sembah menghadap sebelum ini.

“Buku ini siap dalam tempoh lebih lima tahun dan menceritakan kehidupan peribadi sepanjang 53 tahun bergelumang dalam politik dan aktiviti sosial.

“Kerjaya politik saya berakhir pada 1990 tetapi tanggungjawab dan komitmen kepada masyarakat dan negara masih berjalan,” katanya.

Berusia 76 tahun, Lam Thye pernah menjadi wakil rakyat Bukit Nenas dan Serdang selain menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang antara 1978 hingga 1990.

Beliau juga sanggat mencintai haiwan jalanan dan terbiar dan menjadi penaung Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619