ADN

Kerja pengukuhan tebing atasi bah di Taman Kinrara siap Ogos

16 Jun 2022, 5:22 AM
Kerja pengukuhan tebing atasi bah di Taman Kinrara siap Ogos

SHAH ALAM, 16 JUN: Kerja pengukuhan tebing bagi mengatasi kejadian banjir kilat di Taman Kinrara dekat sini bakal siap Ogos ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han berkata terdapat dua kerja dilaksanakan di kawasan terbabit iaitu pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kuyoh dan pembinaan ban sungai.

"Projek ini bertujuan mengelakkan kegagalan tebing Sungai Kuyoh yang mampu mendatangkan bahaya kepada penduduk Kinrara Court.

"Manakala, pembinaan ban sungai pula bagi mengelakkan aliran air yang tinggi ketika hujan lebat sehingga melimpahi kawasan Taman Kinrara," katanya kepada SelangorKini.

Sze Han yang juga EXCO Kerajaan Negeri berkata kedua-dua kerja pembaikan itu dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Lumpur dengan kos keseluruhan hampir RM1.1 juta.

"Terima kasih kepada pihak JPS Kuala Lumpur terhadap kerja dilaksanakan dan semoga masalah banjir di kawasan ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang," katanya.

Sze Han turut meluangkan masa turun padang bagi meninjau kerja baik pulih itu pada 14 Jun lalu bersama JPS Petaling dan beberapa wakil penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619