PBT

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 pada Sabtu ini

15 Jun 2022, 7:34 AM
Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Ole-Ole, Seksyen 18 pada Sabtu ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan pejabat bergerak 'Shah Alam On Wheels' akan beroperasi di Pusat Beli-Belah Ole-Ole di Seksyen 18 di sini, pada Sabtu ini.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA pejabat bergerak itu akan dibuka mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan.

"Perkhidmatan 'Shah Alam On Wheels' menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya

"MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan sedia ada untuk manfaat masyarakat," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

'Shah Alam On Wheels' adalah kemudahan yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619