EXCO

200 peniaga sertai kursus penyediaan makanan halal

14 Jun 2022, 12:01 PM
200 peniaga sertai kursus penyediaan makanan halal

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 200 peniaga sudah menyertai kursus penyediaan makanan halal sejak 21 Mei lalu, kata EXCO Industri Halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata kursus bimbingan itu adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri menerusi pejabat EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor serta Yayasan Al-Mogni Malaysia.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan makanan halal kepada peniaga dan rakyat di negeri ini.

"Matlamat utama adalah memberi pendedahan dan bimbingan pendidikan mengenai kepentingan penyediaan makanan halal selain memperkasakan penyebaran ilmu serta kefahaman mengenai urusan halal dan haram dalam Islam.

"Selain itu program ini juga dilaksana dengan suasana serba konduktif dan mampu meningkatkan kefahaman mengenai industri halal khususnya di Selangor," katanya kepada Selangorkini.

Mohd Zawawi berkata setakat ini tujuh daripada 10 siri program sudah diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Sungai Kandis, Pandan Indah, Meru, Morib, Pelabuhan Klang, Taman Medan dan Sungai Tua.

"Seramai 200 peserta telah terlibat sepanjang tujuh siri ini dan kita jangka jumlah itu mencecah 300 orang selepas selesai kesemua 10 siri.

"Tiga lagi DUN adalah Bukit Melawati pada 18 Jun, Taman Templer keesokannya dan Kajang pada 20 Jun ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619