PBT

MPS lanjut tarikh tutup pertandingan fotografi, video pendek

14 Jun 2022, 10:19 AM
MPS lanjut tarikh tutup pertandingan fotografi, video pendek
MPS lanjut tarikh tutup pertandingan fotografi, video pendek

SHAH ALAM, 14 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melanjutkan tarikh tutup pertandingan fotografi dan video pendek sempena sambutan 25 tahun Jubli Emas sehingga 15 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata ia bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai individu menyertai dan menyerlahkan bakat masing-masing.

"Individu yang berminat boleh memuat turun syarat dan borang pertandingan menerusi portal MPS di www.mps.gov.my dan hantar penyertaan sebelum atau pada 15 Ogos ini.

"Peserta boleh mengambil gambar atau video kreatif bertemakan '25 Tahun MPS-Penuh Kemakmuran' dengan memaparkan keindahan bandar, bangunan atau mercu tanda, alam semulajadi, kawasan tasik dan landskap di seluruh kawasan pentadbiran MPS," katanya menerusi kenyataan.

Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM17,000 dengan pemenang utama kategori fotografi bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 dan pemenang utama kategori video pendek (RM5,000).

Gambar atau video pendek itu boleh dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Selayang, Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut hubungi Jabatan Korporat di 03-6126 5834 atau layari www.mps.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619