AGENDA

Pelawak Hamid Gurkha meninggal dunia

14 Jun 2022, 9:22 AM
Pelawak Hamid Gurkha meninggal dunia

SHAH ALAM, 14 JUN: Pelawak, Hamid Gurkha meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi jam 2.19 petang tadi.

Anak bongsunya, Nor Ashita Hamid berkata keluarga reda pemergian Allahyarham yang turut mengalami beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke hospital, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, jenazah Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 90, masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

"Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan," katanya.

Hamid Gurkha mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 dan mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Mereka juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619