AGENDA

Rakyat Selangor diminta mohon skim air percuma, permohonan tamat Disember 2024

13 Jun 2022, 2:30 PM
Rakyat Selangor diminta mohon skim air percuma, permohonan tamat Disember 2024
Rakyat Selangor diminta mohon skim air percuma, permohonan tamat Disember 2024

SHAH ALAM, 13 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meminta orang ramai supaya memohon Skim Air Darul Ehsan (Sade) bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.

Menurut Air Selangor pendaftaran untuk Sade dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

"Semak terma dan syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (Sade) bagi mengetahui sekiranya anda layak untuk menerima 20 meter padu bekalan air secara percuma," katanya di Facebook.

Antara syarat kelayakan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Premis kediaman pula mestilah jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.airselangor.com/residen.../skim-air-darul-ehsan/

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619