AGENDA

Polis siasat insiden lelaki amuk di Lebuhraya Utara Selatan

13 Jun 2022, 1:53 AM
Polis siasat insiden lelaki amuk di Lebuhraya Utara Selatan

IPOH, 13 JUN: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadian pada kira-kira 7.12 petang.

"Laporan polis dibuat oleh lelaki itu di Ipoh namun siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

"Suspek dan semua saksi kejadian akan dikesan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di jalan awam.

Terdahulu, tular gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya itu dimuat naik oleh pengguna media sosial yang mendakwa suspek memberhentikan kereta sebelum keluar dan mengamuk sambil memegang rantai emas serta memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya yang lain.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619