AGENDA

Perkeso keluar 1,124 kompaun kepada majikan gagal carum pekerja

12 Jun 2022, 8:06 AM
Perkeso keluar 1,124 kompaun kepada majikan gagal carum pekerja

TAPAH, 12 JUN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan 1,124 kompaun ke atas majikan kerana gagal mencarum pekerja mereka hasil 5,579 pemeriksaan menerusi Op Kesan sejak ia dilancarkan Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata daripada jumlah itu, 833 kompaun dikeluarkan berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) manakala 291 mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

"Sebanyak lapan arahan pematuhan turut dikeluarkan dan daripada jumlah keseluruhan itu, didapati hampir 20 peratus majikan yang dilawati masih belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka.

"Jadi, kita akan meningkatkan usaha dan menggembleng tenaga di seluruh negara untuk melawat majikan dan memastikan mereka mendaftar dan mencarum demi kebajikan pekerja," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak yang dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan di Kompleks Belia dan Sukan Tapah di sini hari ini.

Mohammed Azman berkata sektor paling banyak dikenal pasti gagal mencarum pekerja adalah sektor perkhidmatan dan perniagaan runcit.

"Kita (Perkeso) akan memberi tumpuan kepada dua sektor ini untuk menjaga kebajikan pekerja sendiri dan keluarga mereka," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619