ADN

Pemeriksaan mata percuma DUN Permatang di Tanjung Karang, Ahad ini

10 Jun 2022, 7:41 AM
Pemeriksaan mata percuma DUN Permatang di Tanjung Karang, Ahad ini

SHAH ALAM, 10 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menganjurkan program pemeriksaan mata secara percuma Ahad ini.

Menurut wakil rakyatnya program itu diadakan bemrula jam 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang.

"Saya mengalu-alukan penyertaan orang awam terutama pengundi di DUN Permatang untuk mengambil peluang membuat pemeriksaan mata ini.

"Menariknya, 50 peserta terawal berpeluang menerima cermin mata percuma tertakluk pada terma dan syarat," kata Rozana Zainal Abidin.

Antara syarat untuk mendapat cermin mata percuma adalah peserta wajib menyertai Program Selangor Saring 2022 dan mereka pengundi di DUN Permatang.

Selain itu, cermin juga boleh dinaik taraf dengan harga subsidi mengikut keperluan penerima dan mereka akan menerima cermin mata itu selewat-lewatnya dua minggu selepas program.

Peserta boleh mendaftar menerusi https://forms.gle/x8GWK6hjGwKrzj1g9 manakala untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Faten di talian 010-557 3736.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619