AGENDA

Nabil Ahmad, Aisyah Sinclair ceriakan segmen HydroSquad Air Selangor

10 Jun 2022, 6:53 AM
Nabil Ahmad, Aisyah Sinclair ceriakan segmen HydroSquad Air Selangor
Nabil Ahmad, Aisyah Sinclair ceriakan segmen HydroSquad Air Selangor

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Aisyah Sinclair menjadi pilihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk ditampilkan dalam segmen HydroSquad.

Menurut Ketua komunikasi korporat Air Selangor segmen HydroSquad turut menampilkan pempengaruh media sosial Arwind Kumar yang terkenal sebagai Mak-Cik Roastmah.

[caption id="attachment_524871" align="alignright" width="414"] Nabil Ahmad dan Arwind Kumar yang terkenal sebagai Mak-Cik Roastmah. Foto Facebook Air Selangor[/caption]

“Segmen ini ditayang di laman Facebook dan Instagram rasmi Air Selangor sejak tahun lalu. Setakat ini enam episod sudah menemui penonton.

“Dalam segmen ini, selebriti akan membincangkan pelbagai topik mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.

"Air Selangor akan meneruskan pelbagai program kesedaran supaya sumber air kekal terpelihara,” kata Elina Baseri.

Beliau ditemui pada pelancaran episod keempat Boboiboy Air hasil kerjasama dengan Animonsta Studios di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall semalam.

Episod kali ini yang bertemakan Selamatkan Sungai Kita bakal menemui penonton mulai esok di laman sesawang dan YouTube Air Selangor.

Sejak Jun tahun lalu, Air Selangor menerbitkan tiga episod BoboiBoy iaitu Misi Khas BoboiBoy Air, Sertai Misi Khas BoboiBoy Air Sekarang dan Manfaat Air Hujan yang memperoleh lebih daripada 7.7 juta tontonan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619