AGENDA

LUAS giat siasat punca pencemaran bau Sungai Langat, elak henti tugas LRA

9 Jun 2022, 3:45 PM
LUAS giat siasat punca pencemaran bau Sungai Langat, elak henti tugas LRA

SHAH ALAM, 9 JUN: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat menyiasat punca pencemaran bau seakan diesel sehingga 3 TON dikesan di Stesen Pengawasan Sungai (RMS) Seksyen 3, Bangi jam 11.15 pagi tadi.

EXCO alam sekitar berkata pensampelan bau di Sungai Langat ditingkatkan dari sejam kepada 30 minit bagi memantau rapi status semasa air sungai seterusnya mengelak henti tugas Lori Rawatan Air (LRA) Semenyih 2, Bukit Tampo dan Labohan Dagang.

"Pemantauan statik dan rondaan LUAS di kawasan Sungai Langat dilaksana 24 jam untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang dan sebarang pencemaran dapat dicegah sebaiknya sebelum memasuki sistem LRA.

"LUAS akan mempergiat operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan operasi LRA dan gangguan bekalan air kepada pengguna," kata Hee Loy Sian dalam kenyataan.

Beliau berkata LUAS mengaktifkan kod kuning berdasarkan manual kecemasan pencemaran sumber air bagi siasatan menyeluruh di hulu muka sauk yang berisiko henti tugas LRA berkaitan.

"Beberapa lokasi berpotensi menjadi punca pencemaran disiasat di Sungai Balak dan sampel ujian bau mencatat sehingga 2 TON, bagaimanapun tiada lagi kesan bau seakan minyak sehingga jam 5 petang.

"Manakala tiada sebarang penemuan berkaitan pencemaran dikesan di Sungai Sekamat serta hulu Sungai Langat. Semakan bau menunjukkan bacaan 0 TON," katanya.

Loy Sian menambah LUAS turut menjalankan pemantauan statik dan pensampelan sekitar Jambatan Kampung Teras Jernang setiap 30 minit dengan bacaan dicatat sekitar 2 TON.

"Sehingga jam 9 malam tadi, tiada sebarang pencemaran di kesan di kawasan muka sauk LRA," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619