BERITA UTAMA

Lebih 1,000 kunjungi plaza kutipan barang kitar semula MBPJ

9 Jun 2022, 12:30 PM
Lebih 1,000 kunjungi plaza kutipan barang kitar semula MBPJ

PETALING JAYA, 9 JUN: Galeria PJ Eco Recycling Plaza menerima lebih 1,000 pengunjung sejak dilancar pada 29 Mac lalu, kata timbalan datuk bandar Petaling Jaya.

Sharipah Marhaini Syed Ali berkata antara yang mengadakan lawatan ke plaza yang menyediakan khidmat kutipan barangan kitar semula adalah beberapa pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Pengerang, Johor.

"Turut mengadakan kunjungan ialah institusi pengajian tinggi, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan.

"Mereka berminat untuk melihat model dan konsep PJ Eco Recycling Plaza yang lengkap berkaitan kitar semula," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka sempena Sambutan Alam Sekitar 2022 peringkat Petaling Jaya hari ini.

Beliau menambah sebanyak 187 barangan terpakai berjaya dijual di ruangan kedai eco dan beberapa bengkel.

"Ini adalah kejayaan plaza ini dan membuktikan barangan terbuang boleh disusun semula serta dijadikan sebagai sumber pendapatan," katanya.

Galeria PJ Eco Recycling Plaza beroperasi sejak 2019 menyediakan perkhidmatan kutipan barangan kitar semula, kelengkapan dan peralatan bengkel barangan terbuang yang boleh diguna semula.

Plaza itu juga dilengkapi kemudahan pembelajaran, kemudahan rawatan sisa makanan dan organik serta bilik seminar dan latihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619