AGENDA

Kolumnis sains terbit buku sejarah manusia, laris di pesta buku

9 Jun 2022, 12:00 AM
Kolumnis sains terbit buku sejarah manusia, laris di pesta buku

SHAH ALAM, 9 JUN: Kolumnis Selangorkini menghasilkan buku baharu berjudul Genesis II: Sapien dan Neo Manusia yang dijual dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) antara 3 hingga 12 Jun.

Zamir Mohyedin, 29, berkata naskhah 375 halaman mengandungi lima bab utama berkisar kejadian manusia sejak 300,000 tahun lalu hingga masa depan 1,000 tahun akan datang.

Penyelidik kedoktoran di Universiti Teknologi Mara Shah Alam yang giat menulis sejak 2011 mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buku kelapan tulisannya.

"Alhamdulillah, akhirnya buku ini berjaya dihasilkan biarpun sedikit kelam kabut kerana penerbit mahu terbitkan buku ini untuk PBAKL pada Februari lalu sebelum ditangguh kepada Jun," katanya yang menulis perihal sains dalam Selangorkini.

Zamir juga menjelaskan sebanyak 500 daripada 2,000 naskhah Genesis II terjual setakat 7 Jun sejak buku dipromosi di reruai The Patriots pada hari kedua pesta berkenaan.

"Saya turut difahamkan karya ini berada nombor satu dalam carta jualan buku oleh penerbit. Mereka yang berminat boleh dapatkan di reruai berkenaan dengan harga RM25 senaskhah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619