AGENDA

Hampir 300 jemaah haji Malaysia tiba di Makkah esok

8 Jun 2022, 11:29 AM
Hampir 300 jemaah haji Malaysia tiba di Makkah esok

MAKKAH, 8 JUN: Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8 malam, waktu Arab Saudi, esok.

Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata pihaknya akan menerima kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas, sebelum dibawa ke bangunan Abraj Al-Janadriyyah, di sini.

Katanya, mereka merupakan rombongan haji yang pertama pada 4 Jun lalu dan bakal menerima sambutan dari pihak pengurusan, sebelum jemaah haji mengerjakan umrah.

“Esok akan ada sedikit sambutan untuk rombongan pertama… dari segi bilik penginapan juga telah disediakan dan mereka akan ditempatkan mengikut jadual penerbangan mereka serta penilaian tertentu, termasuk ikatan kekeluargaan,” katanya.

Roslan yang juga merupakan Pengarah TH Melaka, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerangkan tentang pelbagai persediaan yang dilakukan TH.

Dilaporkan sehingga kini seramai 1,940 jemaah menerusi tujuh penerbangan dari tanah air telah berada di Madinah.

Selain bangunan Abraj Al-Janadriyah yang menempatkan dua maktab (penginapan jemaah), iaitu maktab 46 dan 47, terdapat juga bangunan lain iaitu Qasr Al-Janadriah (maktab 49) serta Land Premium (maktab 48 dan 50).

Menurut Roslan, TH menyediakan kira-kira 30 petugas maktab dengan enam petugas bagi setiap maktab, yang akan berkhidmat 24 jam, bagi memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah.

“Setiap bangunan penginapan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pejabat pengurusan, farmasi, klinik kesihatan, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan,” katanya.

Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini menerusi 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619