AGENDA

Jais: Sultan titah tidak sekat Bon Odori, ‘tidak semestinya agama ada dalam budaya’

8 Jun 2022, 10:43 AM
Jais: Sultan titah tidak sekat Bon Odori, ‘tidak semestinya agama ada dalam budaya’

SHAH ALAM, 8 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tidak menyekat program Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga menitahkan Jais supaya tidak menghalang mana-mana individu untuk menghadirinya acara itu.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak berkenan apa-apa keputusan atau ketetapan tentang perkara seumpama ini disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitiam yang mendalam.

"Baginda berpendirian banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama tetapi tidak semestinya agama ada dalam budaya.

"Baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan menambah Sultan Selangor tidak bimbang umat Islam yang hadir program itu mengenepi iktikad dan membuat amalan bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah jika akidah mereka kukuh.

Beliau berkata Sultan Sharafuddin juga menitahkan kakitangan Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam hadir ke program itu untuk membuat penilaian dengan adil dan saksama.

"Baginda sendiri pernah hadir program itu beberapa tahun lalu dan melihat sebarang yang boleh merosakkan akidah umat Islam melainkan ia satu program sosial pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di Selangor," katanya.

Kelmarin, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengingatkan umat Islam tidak menyertai program yang bertentangan dengan hukum syarak termasuk festival Bon Odori.

Datuk Idris Ahmad memaklumkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan program itu mempunyai unsur keagamaan dan bertentangan dengan Islam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619