AGENDA

Jumlah pengguna SELangkah kini cecah 7.9 juta 

7 Jun 2022, 2:10 PM
Jumlah pengguna SELangkah kini cecah 7.9 juta 

SHAH ALAM, 7 JUN: Jumlah pengguna aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kini mencecah 7.9 juta sejak ia dilancarkan pada 4 Mei 2020.

Pengarah projeknya, Dr Mohd Helmi Zakariah berkata pengguna aplikasi itu membabitkan pelbagai sumber seperti individu yang menempah vaksin, membuat pembayaran melalui e-dompet dan sebagainya.

"Sebelum ini ia digunakan bagi tujuan pengesanan kontak, namun ia terus berkembang dengan pelbagai fungsi lain seperti mental sihat, Selangor Vaksin (Selvax).

"Ketika ini 75 peratus pengunaannya adalah menerusi e-dompet, mental sihat, Selangor Saring selain masih menerima tempahan untuk vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bual Bicara: Dua Tahun SELangkah Lebih Maju yang disiarkan secara langsung di Media Selangor malam tadi.

Mohd Helmi berkata tempahan bagi melakukan ujian polimeras masa nyata (RT-PCR) dan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) juga boleh dilakukan menerusi aplikasi itu.

Pada awalnya aplikasi itu diperkenal untuk pengesanan kontak bertujuan memudahkan pemantauan orang awam sepanjang pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata SELangkah menggunakan konsep asas kawalan automatik bagi pendaftaran individu yang memasuki mana-mana premis dengan mudah dan pantas.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi SELangkah itu di telefon pintar menerusi App Store atau Google Play Store.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619