AGENDA

MB: Tanah projek jagung bijirin tidak nyahwarta hutan simpan

7 Jun 2022, 8:30 AM
MB: Tanah projek jagung bijirin tidak nyahwarta hutan simpan

SHAH ALAM, 7 JUN: Tanah di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang dibangunkan bagi projek tanaman jagung bijirin boleh digunakan untuk pertanian tanpa perlu menyahwarta mana-mana hutan simpan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari juga menjelaskan projek berkenaan bertujuan mengurangkan kebergantungan import sekali gus mengatasi isu bekalan ayam di negeri ini.

"Kita mahu tangani masalah kekurangan bekalan ayam yang besar dan bahan makanan.

"Sebab itu Selangor mengorak langkah ke depan, malah negeri lain tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program negeri di sini hari ini.

Semalam, Otai reformasi, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan Kerajaan Selangor membersihkan kawasan hutan itu untuk tanaman jagung kerana melibatkan isu pewartaaan hutan.

Pada 19 Mei lalu, Selangor bersama Negeri Sembilan memeterai memorandum persefahaman bagi melaksanakan projek tanaman jagung bijirin dengan peruntukan RM3 juta.

Projek di atas tanah seluas 283.2 hektar (700 ekar) di Kuala Langat dan Gemas akan bermula sebaik kerja pembersihan tanah selesai suku ketiga tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619