AGENDA

Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun

7 Jun 2022, 4:50 AM
Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun

SHAH ALAM, 7 JUN: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi, maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut kementerian, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing manakala slip keputusan bagi calon persendirian dihantar melalui pos pada tarikh sama.

Selain itu, calon turut boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui myresultspm.moe.gov.my antara 16 hingga 24 Jun dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

"Calon juga boleh mendapatkan rumusan keputusan melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 yang diaktifkan mulai 16 hingga 22 Jun dari 10 pagi hingga 6 petang," kata kenyataan itu.

Peperiksaan SPM 2021 yang diadakan pada 2 hingga 29 Mac lalu membabitkan seramai 407,097 calon.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619