AGENDA

33.9 peratus kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

7 Jun 2022, 1:12 AM
33.9 peratus kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,009,343 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,106,736 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,981,301 atau 97.7 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619