AGENDA

PBAKL: Pavilion Selangor terima hampir 10,000 pengunjung dalam tiga hari

5 Jun 2022, 12:30 PM
PBAKL: Pavilion Selangor terima hampir 10,000 pengunjung dalam tiga hari

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 menerima sambutan ramai sehingga mencecah 10,000 pengunjung setakat hari ketiga penganjuran.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata program di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini memberi peluang kepada orang awam mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri.

"Alhamdulillah sejak hari pertama penganjuran pada Jumaat, pengunjung PBAKL melimpah hingga ke Pavilion Selangor. Lebih 2,900 pengunjung direkodkan pada hari berkenaan sahaja.

"Kita lihat apabila mereka penat berjalan, mereka singgah di sini untuk berehat kerana kita menyediakan kerusi dan minuman. Sementara itu, pegawai agensi berpeluang memberi penerangan berkaitan perkhidmatan masing-masing kepada pengunjung," kata Datin Paduka Mastura Muhamad.

Pavilion Selangor di PBAKL 2022 merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu menyediakan pelbagai maklumat mengenai insentif negeri bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak 19 agensi terlibat seperti Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Tourism Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM), Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor.

Agensi lain meliputi Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Yayasan Selangor, Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

PBAKL 2022 kembali dianjurkan selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19 dan menyasar kehadiran sehingga sejuta pengunjung selama 10 hari berlangsung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619