AGENSI

Selangor Saring DUN Sekinchan tampil sesi taklimat kesihatan

5 Jun 2022, 9:09 AM
Selangor Saring DUN Sekinchan tampil sesi taklimat kesihatan

SABAK BERNAM, 5 JUN: Program Selangor Saring di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan hari ini berbentuk mega dan membawa sedikit kelainan.

Ahli Penasihat Kesihatan Awam Selangor Dr Mohammad Farhan berkata pemeriksaan kesihatan percuma itu menampilkan sesi taklimat kesihatan.

"Kita sediakan ruangan atau booth Selangor Mental Sihat (Sehat) dan membawa pakar-pakar perubatan seperti pakar bedah, mata, sakit puan dan kolorektal.

"Taklimat ini bukan sahaja untuk rakyat tetapi diberikan kepada petugas-petugas di DUN terlibat supaya dapat menyebarkan ilmu kesihatan yang tepat kepada masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas hadir ke program Selangor Saring DUN Sekinchan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohammad Farhan berkata hampir 100 peserta hadir menjalani menjalani pemeriksaan kesihatan setakat jam 11 pagi tadi.

Jelas beliau, biarpun jumlah itu agak perlahan berikutan faktor cuti hujung minggu yang agak lama tetapi kehadiran penduduk sekitar agak memberangsangkan.

"Di awal program kehadiran peserta kira-kira 67 individu, kemudian meningkat kepada lebih 100 di lokasi berikutnya. Kita sasarkan kehadiran di kawasan luar bandar mencecah 500 peserta.

"Namun, matlamatnya bukan mengejar nombor tetapi menanam pemahaman rakyat tentang kepentingan saringan dan pencegahan lebih baik daripada merawat," katanya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619