AGENDA

EXCO: Negeri cadang wujud pelabuhan antarabangsa khusus kendali produk halal

4 Jun 2022, 12:56 PM
EXCO: Negeri cadang wujud pelabuhan antarabangsa khusus kendali produk halal

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan pelabuhan halal yang berfungsi mengendalikan produk halal dalam tempoh lima tahun mendatang.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata perancangan berkenaan terkandung dalam pelan utama Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac).

“Ia bukan sekadar mengurus produk halal malah termasuk sistem kewangan yang patuh syariah untuk beri kemudahan kepada pengimport dan pengeksport bagi menjalankan aktiviti ekonomi yang bersifat halal.

“Dalam tempoh empat ke lima tahun ini ada dua tempat dalam dunia yang mewujudkan pelabuhan halal iaitu Rotterdam, Belanda dan Dubai, UAE,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum 'Perkongsian Dasar Pengguna dan Industri Halal Selangor' di Pavilion Selangor menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata pihaknya akan belajar dari kedua-dua negara itu kaedah dan pelaksanaan penubuhan pelabuhan itu nanti.

“Kita telah ke Dubai pada Mac lalu dan terdapat beberapa perbincangan berkaitan asas penubuhan. Kita sasar dalam tempoh lima tahun program ini dapat direalisasikan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619