AGENDA

Polis tahan 11 lagi saksi majlis Aidilfitri libatkan tarian separuh bogel

4 Jun 2022, 12:14 AM
Polis tahan 11 lagi saksi majlis Aidilfitri libatkan tarian separuh bogel

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis itu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.

“Setakat ini, kami telah menahan pihak yang menganjur dan telah mengenal pasti penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel itu.

“Polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan menarik perhatian orang ramai,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Selangor Tahun 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City pada 27 Mei lepas.

- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619