AGENDA

Kemarau: Bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan, tampung keperluan

2 Jun 2022, 2:55 PM
Kemarau: Bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan, tampung keperluan

SHAH ALAM, 2 JUN: Bekalan air di Lembah Klang mencukupi dan mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya kemarau berlaku di kawasan itu, yang dijangka pada 2025.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hasrolnizam Shaari berkata bekalan akan diperoleh melalui tiga kaedah seperti menerusi empangan, kolam takungan dan air bawah tanah yang masing-masing boleh menampung penggunaan selama dua hingga empat bulan.

Beliau berkata berdasarkan tiga kaedah itu, ia mampu menyediakan bekalan air sebanyak 5,000 juta liter sehari yang bersamaan dengan jumlah pengeluaran semasa.

"Kita perlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak supaya terus menjaga kualiti air dengan mengelakkan sebarang insiden pencemaran," katanya kepada pemberita pada majlis Hi-Tea bersama pengamal media di I-City hari ini.

Hasrolnizam juga berkata pembenihan awan adalah kaedah terakhir yang akan digunakan oleh pihaknya.

Beliau berkata Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos depan namun ia tertakluk kepada kerajaan negeri.

“Kos atau bayaran bagi ZDP ini masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kilang manakala bayaran yang dikenakan akan diguna semula bagi tujuan pemuliharaan persekitaran termasuk sungai, parit dan muara," katanya.

-  BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619