ad
AGENSI

Selangor Fruit Valley rekod jumlah pengunjung teramai dengan 59,167

2 Jun 2022, 10:00 AM
Selangor Fruit Valley rekod jumlah pengunjung teramai dengan 59,167

BESTARI JAYA, 2 JUN: Selangor Fruit Valley (SFV) mencatat jumlah pengunjung teramai iaitu 59,167 orang pada tahun ini setakat Mei lalu.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jumlah itu mengatasi rekod sebelumnya dengan 36,000 pengunjung pada 2018.

“Pada 2019 dan 2020 menunjukkan penurunan mendadak mungkin disebabkan pandemik Covid-19 serta perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Manakala tahun lalu dengan beberapa kelonggaran jumlah itu meningkat kepada 26,262 orang dan tahun ini sehingga Mei 59,167 pengunjung,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai SFV kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sempena Pelancaran Benih Tanaman Selangor di SFV di sini.

Mohamad Kharil memaklumkan jumlah pengunjung harian teramai telah dicatat pada Ahad lalu dengan 1,651 orang.

Sebelum ini, angka tertinggi direkodkan adalah 1,227 pelawat pada 1 Februari lalu.

Terletak di Bestari Jaya, SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.