AGENDA

Tengku Permaisuri lancar lima benih tanaman di Selangor Fruit Valley

2 Jun 2022, 6:31 AM
Tengku Permaisuri lancar lima benih tanaman di Selangor Fruit Valley

KUALA SELANGOR, 2 JUN: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melancarkan benih tanaman di Selangor Fruit Valley (SFV) di sini hari ini.

Tanaman tersebut meliputi dua jenis melon (rangup dan manis), dua jenis jagung (bijirin dan manis) serta betik yang dihasilkan oleh syarikat Green World Genetics Sdn Bhd.

EXCO pertanian berkata Baginda turut berkenan memilih beberapa cadangan nama seperti Melon Selangor atau Melo Sel untuk jenis rangup manakala jenis manis dinamakan sebagai Selangor Sweet Melon.

“Jagung bijiran untuk makanan binatang pula dinamakan Grainsel, jagung manis Selangor Sweet CornJagung dan betik pula Selangor Tropical Papaya,” kata Ir Izham Hashim pada sidang media.

Beliau berkata pembenihan tanaman itu akan dibuat segera dan petani yang berminat boleh mendapatkannya melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Bagi betik kita akan lakukan di Sungai Air Tawar, jagung di Bukit Changgang dan melon kita akan lakukan di banyak tempat termasuk di SFV,” katanya lagi.

Kerajaan Selangor sebelum ini menyasar untuk membangunkan lebih 400 hektar tanah bagi dijadikan kawasan penanaman dalam usaha memastikan bekalan makanan mencukupi.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelan dua hingga tiga tahun yang dipandu oleh PKPS dimulakan tahun lalu meliputi tanaman kontan seperti sayur, cili dan kelapa.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619