AGENSI

Kutipan zakat fitrah dalam talian menurun, ramai pilih bayar secara fizikal

2 Jun 2022, 3:08 AM
Kutipan zakat fitrah dalam talian menurun, ramai pilih bayar secara fizikal

SHAH ALAM, 2 JUN: Kutipan zakat fitrah secara dalam talian menurun susulan pembayaran fizikal dilaksanakan semula tahun ini, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutifnya berkata penurunan melibatkan jumlah kecil iaitu kurang 10 peratus berbanding kutipan tahun lalu sebanyak RM33 juta, lapor Sinar Harian.

"Kami melihat penurunan itu juga berlaku berkemungkinan faktor rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing pada tahun ini lebih awal.

"Jadi ramai mengambil peluang kerana sudah lama tidak pulang dan mereka menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah menerusi amil di kampung masing-masing," kata Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Selain platform bayaran dalam talian, LZS turut melantik 2,754 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh Selangor untuk mengutip zakat berkenaan sepanjang Ramadan tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619