AGENSI

Sikap sambil lewa, kurang maklumat punca urusan harta pusaka tertunggak

2 Jun 2022, 12:06 AM
Sikap sambil lewa, kurang maklumat punca urusan harta pusaka tertunggak

SHAH ALAM, 2 JUN: Waris yang bersikap sambil lewa dalam tuntutan harta pusaka antara faktor pengagihannya masih tertunggak, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketika ini sejumlah RM12.6 bilion harta pusaka di negara ini masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia dan Selangor adalah negeri kedua tertinggi.

"Selain itu perbalahan dalam kalangan ahli keluarga dan jumlah pewaris terlalu ramai turut menjadi punca sehingga menyukarkan proses tuntutan selain ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah serta prosedur pengurusan harta pusaka.

"Oleh itu, perkhidmatan pengurusan harta seperti sistem baharu ini mampu mengelak perkara -perkara ini sekaligus mengharmonikan institusi keluarga," katanya selepas melancarkan Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) di Hotel Concorde semalam.

Sementara itu, beliau berkata setakat Mei lalu pihaknya sudah menerima 3,196 permohonan wasiat dan hibah.

"Daripada jumlah itu, hampir 10 peratus permohonan wasiat dan hibah berjaya diselesaikan.

"Pada tahun ini, kita sasar 6,000 permohonan wasiat dan hibah daripada masyarakat Islam di negeri ini bagi membantu mereka menguruskan harta pusaka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619