AGENSI

Mais lancar sistem wasiat, hibah permudah pengurusan harta dalam talian

1 Jun 2022, 3:24 PM
Mais lancar sistem wasiat, hibah permudah pengurusan harta dalam talian

SHAH ALAM, 1 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) bagi melancarkan pengurusan harta pusaka dengan mudah dan pantas.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sistem tersebut dinaik taraf daripada e-wasiat dengan menggabungkan dua elemen iaitu wasiat dan hibah.

"Menerusi sistem ini, pewasiat perlu mengisi borang disediakan dengan mengisi maklumat-maklumat harta dan pembahagian. Mais akan menilai dan menentukannya supaya pembahagian sama rata.

"Saya menyeru kepada masyarakat Islam untuk segera melaksanakan wasiat dan hibah demi kepentingan hidup waris pada masa akan datang dan mengelak pertelingkahan," katanya selepas majlis pelancaran sistem Siswa di Hotel Concorde di sini hari ini.

Turut berlangsung majlis minum petang bersama pengamal media sebagai penghargaan dan kerjasama dalam membuat liputan.

Tambah beliau, permohonan dan kelulusan akan diuruskan sepenuhnya secara dalam talian dengan menawarkan penggunaan Electronic Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf Bank Negara Malaysia.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://siswa.mais.gov.my atau menghubungi talian 03-5514 3773/3772.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619