AGENDA

HARAPAN bantah idea laksana semula GST, rakyat masih terkesan pandemik

1 Jun 2022, 8:15 AM
HARAPAN bantah idea laksana semula GST, rakyat masih terkesan pandemik

SHAH ALAM, 1 JUN: Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksana semula sistem percukaian GST.

Majlis Presiden HARAPAN berkata dalam keadaan inflasi semakin tinggi, rakyat sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah yang berkurangan akibat pandemik Covid-19.

"Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika

ditambah dengan masalah rantaian bekalan serta gaji tidak meningkat, rakyat menerima tekanan yang amat dahsyat.

"Tiada guna mengutip lebih banyak cukai jika akhirnya nanti duit rakyat dibazirkan akibat rasuah, ketirisan dan kronisme," menurut kenyataan bersama, hari ini.

Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan itu, adalah tidak munasabah kerajaan bercadang mengutip lebih banyak cukai daripada rakyat tanpa membuktikan dahulu reformasi dan penambahbaikan tabdir urus berjaya dilaksana.

"Persepsi tatakelola serta tadbir urus kerajaan belum pulih akibat skandal 1MDB, tatkala Malaysia berada di kedudukan ke-62 indeks persepsi rasuah antarabangsa serta kedudukan kedua indeks kapitalisme kroni The Economist," katanya.

HARAPAN turut mengingatkan perdana menteri majoriti rakyat Malaysia menolak GST dalam pilihan raya umum lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619