AGENSI

Ekspo Antarabangsa Selangor beri peluang usahawan tarik pelanggan muslim

31 Mei 2022, 1:35 PM
Ekspo Antarabangsa Selangor beri peluang usahawan tarik pelanggan muslim
Ekspo Antarabangsa Selangor beri peluang usahawan tarik pelanggan muslim

SHAH ALAM, 31 MEI: Semua produk keluaran syarikat Wonder Gourmet Sdn Bhd mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Justeru pengarahnya berkata pengguna muslim tidak perlu ragu mengenai status halal sos Jepun yang dibekalkan syarikat itu di negara ini.

"Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) makanan dan minuman (F&B) anjuran Invest Selangor memberi peluang untuk usahawan menarik pelanggan muslim.

[caption id="attachment_523547" align="alignright" width="500"] Pengarah Wonder Gournmet Sdn Bhd Norman Chow. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Pengguna muslim tidak perlu khuatir kerana semua produk kita mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Norman Chow kepada SelangorKini.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Yusa Food Products Sdn Bhd, Roslan Sabli berkata syarikat tersebut akan membawa beberapa produk termasuk jejari ketam berempah dan kerepek popia rumpai laut ke ekspo makanan anjuran Invest Selangor itu.

“Antara tarikan produk keluaran kita ialah menggunakan resipi khas bagi memastikan rasanya lebih menarik.

“Untuk ekspo pada Oktober ini kita telah bersedia dan akan menawarkan harga menarik kepada pelanggan yang hadir,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pengurusan Kitchen Saver, Nur Harfiza Hashim berkata penganjuran ekspo pada Oktober depan membantu memperkenalkan produknya kepada masyarakat.

“Kita mengeluarkan pelbagai bahan kisar seperti cili, bawang merah, bawang putih dan halia. Produk dihasilkan tidak terlalu halus dan boleh disimpan dalam tempoh setahun.

“Kita bercadang membawa semua produk pada ekspo kali ini supaya mereka lihat sendiri hasil keluaran syarikat bumiputera,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619