AGENSI

Enakmen jenayah syariah dipinda, pesalah berdepan hukuman lebih berat

31 Mei 2022, 5:23 AM
Enakmen jenayah syariah dipinda, pesalah berdepan hukuman lebih berat

SHAH ALAM, 31 MEI: Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dalam proses meminda enakmen jenayah syariah bagi membolehkan penguatkuasaan dan hukuman terhadap pesalah lebih berat.

Ketua Pendakwa Syarie Zainor Rashid Hassin berkata enakmen jenayah itu perlu disemak semula kerana ia masih mengikut undang-undang lama iaitu pada 1995.

"Semakan sudah dibuat dan dibawa kepada Sektor Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada hujung tahun lalu. Kita jangka akan ada perbincangan lagi dalam masa terdekat.

“Dengan adanya pindaan ini, hukuman dikenakan terhadap jenayah syariah lebih ketat (berat). Jika dahulu hukuman rendah tetapi terbaharu mungkin akan dikaitkan dengan kesalahan pertama dan kedua,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainor Rashid menjelaskan masyarakat kini berani melanggar undang-undang sehingga sanggup membuat iklan yang memesongkan akidah.

"Antara kesalahan jenayah syariah dilakukan ialah doktrin dan dakwaan palsu serta melanggar fatwa.

"Kita juga mencadangkan pindaan melibatkan enakmen keluarga seperti pernikahan tanpa kebenaran wali, perceraian luar mahkamah dan poligami tanpa kebenaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619