BERITA UTAMA

Amaran ancaman HFMD, kes naik 20 kali ganda setakat Mei

31 Mei 2022, 4:34 AM
Amaran ancaman HFMD, kes naik 20 kali ganda setakat Mei

SHAH ALAM, 31 MEI: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kian menular dalam kalangan kanak-kanak. Sebanyak 47,209 kes dilaporkan bagi tempoh 1 Januari hingga 21 Mei.

Jumlah jangkitan dalam tempoh itu meningkat 20 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Selangor melepasi tahap amaran dengan 13,640 kes atau 28.9 peratus, diikuti Kuala Lumpur serta Putrajaya sebanyak 6,209 kes (13.1 peratus) dan Perak 4,099 kes (8.7 peratus).

Kebanyakan penularan berlaku di pusat pendidikan prasekolah dan pusat jagaan harian yang membabitkan kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun.

Wartawan AFIX REDZUAN menyusun maklumat mengenai jangkitan HFMD.

Apa itu HFMD?

  • disebabkan virus Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71)
  • merebak melalui air liur, gelembung cecair dan najis pesakit
  • biasanya serang kanak-kanak bawah umur tujuh tahun
  • jangkitan ringan dengan gejala demam, ruam lepuh pada kaki, tangan, mulut dan lidah

Adakah bawa mudarat?

  • lazimnya jangkitan ringan
  • segelintir pesakit alami komplikasi seperti radang tisu otak (encephalitis), paru-paru berair (pulmonary edema) dan radang otot jantung (myocarditis)

Gejala

  • demam
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • ruam lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin

Komplikasi

  • hilang air dengan banyak (dehydration)
  • jangkitan kuman pada selaput dan otak
  • keradangan jantung
  • masalah penglihatan atau buta
  • kematian

Bagaimana rawat?

  • tiada ubat atau rawatan khusus bunuh virus
  • rawatan bagi kurangkan suhu badan dan sakit pada mulut sahaja
  • beri kanak-kanak dijangkiti minum berterusan untuk elak kehilangan air daripada badan
  • penyakit sembuh sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila daya tahan (imuniti) tubuh terbentuk

Kaedah urus pesakit di rumah

  • kanak-kanak dapat jangkitan ringan boleh dirawat di rumah
  • pesakit perlu rehat secukupnya
  • beri ubat ikut nasihat doktor untuk kurangkan demam dan sakit mulut
  • galakkan pesakit minum air, ambil makanan dan minuman kegemaran
  • pantau rapi, elak gejala serius seperti kehilangan banyak air dan keletihan teruk

Langkah pencegahan

  • jangan hantar anak bergejala ke pusat jagaan, tadika atau sekolah
  • tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin
  • jaga kebersihan
  • segera dapatkan rawatan jika bergejala
  • jangan bawa anak bergejala ke tempat awam
  • kerap cuci tangan
  • jangan kongsi barangan peribadi
  • cuci mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619