AGENDA

Kanak-kanak tiga tahun lemas, dipercayai jatuh ketika majlis raya di rumah rakit

29 Mei 2022, 2:10 PM
Kanak-kanak tiga tahun lemas, dipercayai jatuh ketika majlis raya di rumah rakit

KUANTAN, 29 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, pada Jumaat malam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri, 3, ditemukan timbul lengkap berpakaian kira-kira 1.5 kilometer dari rumah rakit berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa meliputi tiga kilometer dari lokasi kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan 11.35 pagi tadi oleh pasukan bomba. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam pada hari kejadian.

Sejurus itu, SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619