AGENDA

1,161,503 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

29 Mei 2022, 4:14 AM
1,161,503 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebanyak 1,161,503 atau 32.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang CovidNow, sebanyak 1,709,368 atau 48.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,648 atau 93.6 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,009,154 atau 96.7 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,093,145 atau 68.4 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,974,183 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,250,761 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 17,578 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 7,554 dos pertama, 8,829 dos kedua dan 1,195 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,896,708.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam masing-masing satu kes di Selangor dan Kedah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619