AGENDA

Dua lelaki termasuk rakyat Malaysia dibebas daripada tuduhan dadah di Singapura

28 Mei 2022, 5:57 AM
Dua lelaki termasuk rakyat Malaysia dibebas daripada tuduhan dadah di Singapura

SINGAPURA, 28 MEI: Dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah kerana mengedar dadah, termasuk seorang rakyat Malaysia, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada Jumaat (27 Mei), lapor media tempatan.

Akhbar The Straits Times melaporkan, panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Sundaresh Menon, membenarkan rayuan warga Singapura, Raj Kumar Aiyachami, 40, atas sabitan bersalah dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu turut menyatakan, mahkamah turut membebaskan warga Malaysia, Ramadass Punnusamy, 41, atas sabitan bersalah dan hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan.

Rayuan kedua-dua lelaki itu berkisar terhadap isu sama ada mereka tahu mengenai dadah terbabit, lapor akhbar dalam talian itu.

Pasangan itu dituduh berkait dengan sebuah beg dadah mengandungi tidak kurang daripada 1.875 kanabis.

Memetik peguam Ramadass, Eugene Thuraisingam, laporan itu menyatakan, pas sementara untuk Ramadass berkemungkinan sedang diaturkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen kerana pas masuknya ke negara itu sudah pun luput.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619