AGENDA

Pakar: Tiada rawatan khusus untuk HFMD, sembuh dalam tempoh 14 hari

27 Mei 2022, 2:11 PM
Pakar: Tiada rawatan khusus untuk HFMD, sembuh dalam tempoh 14 hari

SHAH ALAM, 27 MEI: Pesakit yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selalunya akan sembuh dalam tempoh 14 hari, kata ketua unit kawalan infeksi Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Dr Sharifah Azura Salleh berkata HFMD juga tidak menyebabkan komplikasi yang teruk kepada pesakit kecuali mereka dijangkiti virus HFMD dari jenis Enterovirus 71 yang dianggap lebih berbahaya.

"Pesakit HFMD selalunya akan sembuh dalam tempoh 14 hari dan amat jarang ia boleh menyebabkan kematian.

"Bagaimanapun, jika pesakit dijangkiti Enterovirus 71 yang dianggap lebih merbahaya, ada risiko pesakit boleh mendapat jangkitan di otak dan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bual Bicara HFMD: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu? yang disiarkan di semua platform Media Selangor, malam tadi.

Justeru, beliau meminta ibu bapa segera membawa anak berjumpa doktor jika terdapat simptom HFMD iaitu demam dan melepuh pada bahagian dalam mulut, tapak tangan serta tapak kaki.

"Doktor boleh membantu mengenal pasti virus yang menjangkiti pesakit dan rawatan sesuai kerana ketika ini tiada rawatan khusus untuk HFMD.

"Rawatan adalah mengikut simptom iaitu jika dia demam kita beri ubat demam dan jika gatal, kita akan bagi ubat sapu untuk mengurangkan rasa gatal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619