AGENDA

Selangor Kerjaya bantu 1,300 individu dapat kerja, dilatih tingkat kemahiran diri

27 Mei 2022, 10:03 AM
Selangor Kerjaya bantu 1,300 individu dapat kerja, dilatih tingkat kemahiran diri

SHAH ALAM, 27 MEI: Seramai 1,300 individu memperoleh pekerjaan menerusi program Selangor Kerjaya sejak diperkenal pada Januari tahun lalu.

Pengurus program Firdaus Rahim berkata ketika ini terdapat 1,015 kekosongan untuk pelbagai jawatan di 324 syarikat masih tersedia menerusi platform Selangor Kerjaya.

"Pencari kerja boleh layari laman sesawang https://www.selangorkerjaya.com.my/ untuk mendaftar dengan melengkapkan borang pendaftaran serta perlu memuat naik resume dan melengkapkan ujian profil pintar.

"Individu yang berjaya akan dipanggil menghadiri temu duga dan apabila diambil bekerja, mereka turut diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran diri," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mengikuti menerusi Facebook Selangor Kerjaya bagi mengetahui lokasi karnival kerjaya yang dianjur pada setiap bulan.

"Esok kita akan adakan di Rekascape Cyberjaya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dengan 100 peluang pekerjaan ditawarkan," katanya.

Selangor Kerjaya merupakan inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi memacu ekonomi rakyat melalui padanan kerjaya bersesuaian dan berkesan.

Dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 Januari 2021, Selangor Kerjaya merupakan program pengurusan bakat dan tenaga kerja yang bakal memanfaatkan 10,000 individu yang mencari pekerjaan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619