AGENDA

HARAPAN cadang sidang khas parlimen bincang isu kos sara hidup rakyat, RUU antilompat

27 Mei 2022, 4:28 AM
HARAPAN cadang sidang khas parlimen bincang isu kos sara hidup rakyat, RUU antilompat

SHAH ALAM, 27 MEI: Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa sidang khas Parlimen segera diadakan bagi membahas Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti.

Majlis Presiden HARAPAN turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu kos sara hidup rakyat dan inflasi.

"Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 melanda, terpalit dengan rasuah," menurut kenyataan bersama.

Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menerusi kenyataan sama, HARAPAN berkata Ismail Sabri harus menunaikan janji untuk membahas RUU berkaitan.

"Sebelum ini, beliau telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan.

"Justeru, Majlis Presiden HARAPAN menggesa perdana menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan," katanya.

Semalam Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada dua tahun lepas, Ahli Parlimen Ampang tersebut meninggalkan KEADILAN untuk menyertai Bersatu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619